PERHATIAN
Monday, November 24, 2008
BERKUATKUASA HARI INI, RUANGAN UNTUK KITA CHATING AKAN DIKELUARKAN. INI EKORAN TERDAPAT PIHAK YANG TIDAK DIKETAHUI SIAPA NAMANYA TELAH MENYALAHGUNAKAN RUANGAN TERSEBUT. SEKIRANYA ADA SEBARANG KOMEN, CADANGAN ATAU RASA TIDAK PUAS HATI YANG INGIN DILUAHKAN, SUDILAH KIRANYA MENGHANTAR KE ALAMAN E-MEL pemuda_n7@yahoo.com.
MAJLIS KESYUKURAN
Tuesday, November 4, 2008
Pihak PEKEMA Serta Cawangan PBB N7 Samariang telah mengadakan Majlis Kesyukuran atas pengurniaan pingat DATUK AMAR BINTANG SARAWAK yang membawa gelaran "DATUK AMAR" kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg , Di kesempatan ini semua Exco Pergerakan Pemuda N7 Samariang mengucapkan setinggi - tinggi Tahniah atas pengurniaan tersebut dan Exco Pemuda juga Mengucap Selamat Hari Jadi Kepada YB Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali.
Salam Aidilftri buat semua
Thursday, September 25, 2008
Di kesempatan ini, semua Exco Pergerakan Pemuda PBB N7 Samariang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini juga, semua Exco Pemuda N7 Samariang ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua atas segala kesilapan yang sengaja ataupun tidak sengaja dilakukan sepanjang melaksanakan tugas sebagai Exco. Insya-Allah, Exco Pemuda N7 Samariang akan bersama-sama mengunjungi kediaman rakan pemuda sesama Exco serta Ketua Pemuda Ranting di Kawasan N7 Samariang seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Sinaran Aidilfitri 2008
Thursday, September 18, 2008
Program Sinaran Aidilfitri 2008 akan diadakan pada 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadan 1429 Hijrah. Program ini akan bermula pada pukul 1.00 petang dengan pendaftaran peserta, kemudian pada pukul 2.00 petang, peserta akan dibawa menggunakan bas ke Wisma Satok untuk membeli pakaian Hari Raya di Grand Supermart dan Toko Alwi.
Tahun ini merupakan kali ketga program ini diadakan. Kali pertama (2006) seramai 100 peserta dibawa membeli-belah. Tahun kedua (2007), seramai 120 peserta sementara kali ini (2008), seramai 150 peserta dibawa membeli-belah pakaian raya.
Seterusnya, di peringkat awal tumpuan ialah kepada anak-anak yatim. Kemudian diperluaskan kepada anak-anak yatim dan anak-anak yang memerlukan bantuan selepas diteliti latar belakang oleh Pemuda dan Wanita Ranting.
Seperti juga pada tahun-tahun lepas, peserta juga akan dibawa berbuka puasa di kediaman Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (AUN) N7 Samariang.

Subscribe to:
Posts (Atom)